KEK LAPIS ALMOND KISSES
Bahan – bahan :
Bahan A
1.12 biji telur gred A
2.150 g gula halus
3.1 sudu makan ovalette
4.250 tepung hongkong
5.150 g serbuk aiskrim vanilla
Bahan B
1.16 oz mentega asli
2.1 tin kecil susu manis
3.500 g cream cheese
Bahan Hiasan
1.Pewarna Hitam
2.250 g NUTELLA
3.Pewarna Putih
4.150 g almond cincang
Caranya :
1.Bahan A : 1. Pukul telur, gula dan ovalette sehingga kembang. Kemudian masukkan tepung dan serbuk aiskrim. Sebatikan.
2.Bahan B : 1. Pukul mentega, susu manis dan cream cheese sehingga rata. Satukan dengan bahan A.
3.Bahagikan adunan kepada 2 secara sama rata.
Adunan A : Masukkan pewarna putih
Adunan B : Masukkan NUTELLA dan pewarna hitam
4.Panaskan oven pada suhu 150 C. Api atas bawah.
5.Lapikkan Loyang dengan kertas minyak dan gliskan dengan marjerin.
6.Masukkan 1 senduk adunan B ( HITAM) untuk lapisan bawah sekali dan taburkan almond cincang.
7.Bakar selama 7 minit atau sehingga masak.
8.Setelah masak, masukkan 1 senduk adunan A ( PUTIH ). Ratakan.
9.Tukar oven kepada fungsi api ATAS sahaja. Bakar selama 7 minit atau sehingga masak.
10.Ulang sehingga adunan habis.
TIPS : Kepanasan oven adalah bergantung kepada oven masing- masing. Sila peka semasa membakar setiap lapisan supaya lapisan betul-betul masak. Oven jangan terlalu panas kerana jika lapisan terlebih masak, lapisan akan senang tertanggal.
Pastikan mentega dan cream cheese berada pada suhu bilik supaya mudah untuk mengadun dan tidak berketul.