KUAH ROJAK HOMEMADE
|
KUAH ROJAK HOMEMADE
|
Bahan:
6- 13 biji cili kering (ditumbuk halus)
3 inci belacan
2 cawan gula (boleh ganti dgn gula perang)
1 cawan sos cili
1 cawan kicap manis (kalo kicap masin guna 1/2 cawan)
1/2 cawan sos tiram
1-2 sudu gula apong (kalo tak ada pun tak apa)
Cara:
- Cili di tumbuk halus. Kepedasan ikut citarasa sendiri
- Belacan dilarut bersama sedikit air panas dalam 1 @ 2 sudu. Belacan boleh dibakar kalau suka.
- Semua bahan termasok cili dan belacan disatukan dalam periuk.
- Masak sehingga tiada ketulan gula dan pekat sedikit. Sentiasa di awasi dan gaul sebati.
- Bila dah larut, bolehlah ditutup apinya.