Bahan bahan :
Ikan bawal 5 ekor (Saiz tapak tangan) (Di ambil isi dan di potong halus)
Limau kasuri 700g bahagi 2 (ambil perahan limau sahaja)
Bawang merah 4 ulas
Cili merah 2 (1 dipotong halus sbg hiasan dan 1 lagi di tumbuk bersama cili padi)
Cili padi (kalau nak pedas boleh tambah)
1-2 Bawang besar (Hiris halus)
Garam dan aji secukup rasa.
Cara-caranya:
Ikan bawal di ambil isinya aje
Dan di hiris halus..
Masukkan perahan limau pertama dan biarkan selama 5-10 minit.. Buang dan basuh sekali..
Masukkan perahan limau kedua, bersama bawang merah yg ditumbuk bersama cili.. Gaul rata..
Lps tu masukkan bawang besar dan hirisan cili.. Gaul dan masukkan garam dan aji..
Siap untuk di hidang..
Kalau nak buat UMAI UDANG.. Guna bahan dan cara yang sama.. Cuma tukatkan ikan ke udang...
Selamat mencuba...