Kek Pilih Kasih
Kek Pilih Kasih.. Salah satu kek kegemaran mak Reen.. Tiap-tiap tahun raya mesti mak request nak Kek Pilih Kasih ni.. Jadi Reen buatkan je.
RESEPI KEK PILIH KASIH
Bahan-bahan :
16oz mentega
1 tin kaya (kecil)
200g horlick (dalam buku resepi 1 botol kecil horlick)
10 biji telur ayam
1/2 susu manis (Kecil)
100g bijan / lengak (disangai kering dalam kuali)
2 1/2 gelas kacang tanah yang di tumbuk
1 1/2 gelas gula halus
1/2 tepung gandum
2 gelas tepung roti marie
6 sudu makan milo
1 sudu makan browning sugar
1 sudu teh esen vanilla
Cara-cara :
1. Mentega di pukul dengan gula sehingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu sehingga habis.
3. Masukkan susu, kaya, milo dan horlick. Gaul rata.
4. Masukkan esen vanilla dan browning sugar. Kacau sebati
5. Masukkan tepung marie dan tepung gandum. Kemudian masukkan kacang tanah dan bijan / lengak.
6. Kacau sehingga rata.
7. Sediakan acuan 9 x 9. Dan kukus sehingga masak. Anggaran kukus 3-4 jam..
* Gunakan lidi satey untuk memeriksa kek masak atau tidak. Sekiranya tiada bahagian kek yang melekat pada lidi bermaksud kek sudah masak.