Sedapnya Roti Kosong Cecah Kari Ayam
Terliur.. itu yang Reen rasa bila tiba-tiba teringin nak makan Roti Kosong Cecah Kari Ayam.. Bila dah teringin, mood nak masak pun datang cepat.. Cukup je bahan terus masak... Bila siap terus makan.. hehe
Resepi Kari Ayam
Bahan-bahan :
2 dada ayam (potong ikut saiz yang diingin)
3 bawang putih
5 bawang merah
1 batang serai
3 inci halia
2 sudu kerisik
2 biji kentang (potong 6 atau 8)
Rempah tumis (Kulit kayu manis, Cengkih, Biji pelaga, Bunga lawang)
2 sudu makan kari ayam (dikacau sebati dengan air)
Santan
Cara-cara :
1. Ayam di perap dengan halia dan di ketepikan.
2. Panaskan minyak. Masukkan bawang putih, bawang merah, serai dan rempah tumis. Kacau sehingga naik bau dan sedikit kekuningan.
3. Masukkan kari ayam. Kacau sehingga kari pecah minyak.
4. Masukkan ayam dan kentang. Kacau dan tambah air supaya kentang menjadi lembut dan empuk.
5. Sentiasa kacau supaya bahagian bawah tidak hangus.
6. Setelah kentang lembut.. Masukkan kerisik, garam, ajinomoto, sedikit gula, asam keping/asam jawa dan santan.
7. Tambah air sekiranya air surut atau kurang.
8. Kacau sehingga rata dan tutup api dapur setelah mendidih.
9. Selamat mencuba.