Kek Rainbow Cheese Berhantu
Bahan2 adunan kek
1. Butter 500gm
2. Gula castor 1 1/2 gelas
3. Telur 12 biji
4. Kaya 1 tin kecil
5. Horlicks 1 1/2 gelas
6. Tepung hong kong 1gelas
7. Tepung oats 1 gelas ( oat di blend halus )
8. Overlet - 2 sudu makan
9. Pewarna2 ikut suka
Cara membuatnya
1. Butter + gula - adun sehingga kembang dan gebu
2. Masukkan telur, kaya, overlet ~ adun
3. Masukkan horlicks, tepung, oats - adun sebati
.
Bahan2 untuk adunan cheese
1. Creame cheese 250gm
2. Butter 50gm
3. Susu segar 100ml
4. Telur 6 biji - asingkan kuning dan putih
5. Tepung kek - 60gm
6. Tepung jagung - 20gm
7. Cream of tartar - 2 sudu teh
8. 140gm gula castor
Cara membuat adunan cheese
1. Creame cheese + butter + susu segar masak atas kukusan sehingga sebati. Lepas tu masukkan kuning telur. Tunggu sehingga sedikit pekat dan sejukkan.
2. Putih telur + gula + creme of tar2 - pukul sehingga kembang.
3. Tambahkan adunan 1 ( cheese ) ke dalam adunan 2 ( putih telur ).
4. Tambahkan tepung dan tepung jagung.
.
Cara melapis kek
1. Panaskan kukusan.
2. Warnakan adunan kek - 2 sudu besar dan warnakan sesuka hati.
3. Ratakan dalam pan dan kukus sekurang2nya 10 minit, api sederhana.
4. Selepas tu lapis dengan adunan cheese, 3 sudu besar...kukus sekurang2nya 5 minit satu lapisan.
5. Ulanglah proses yang sama dengan warna adunan kek yang berlainan sehingga habis.
SELAMAT MENCUBA😋😋😋