KEK LAPIS NUTELLA
(Resepi: Aini Binte Madon)
BAHAN A
500gm butter - lembutkan sikit pada suhu bilik
2 sudu makan susu pekat manis
2 sudu teh esen vanilla
BAHAN B
360gm kuning telur
170gm putih telur
150gm tepung naik sendiri (self-raising flour)
200gm gula castor
1 sudu makan ovalette
BAHAN C
Secukupnya Nutella
CARA-CARANYA:-
1. Nutella dimasukkan ke dalam piping bag. Ketepikan.
2. Dengan menggunakan mixer, pukul bahan-bahan A dengan high speed hingga kembang dan putih selama lebih kurang 5-7 minit. Ketepikan.
3. Masih menggunakan mixer, dengan mangkuk yang bersih, masukkan kesemua bahan-bahan B dan pukul dengan high speed selama lebih kurang 10-12 minit hingga pekat dan gebu.
4. Masukkan adunan A (butter) tadi ke dalam adunan B. Gaulkan dgn high speed sekejap je dalam 5-10 saat. Kemudian kaup balik adunan dengan menggunakan spatula atau hand whisk hingga adunan sebati.
5. Panaskan oven dengan menggunakan api atas sahaja (GRILL).
6. Bakar selapis-selapis hingga selesai.
7. Pada setiap 2 lapisan, picitkan Nutella secara serong dan bakar setiap lapisan hingga permukaan kek berwarna coklat. Boleh juga corakkan ikut kreativiti sendiri. Tak perlu banyak sangat nutella sebab ia terlalu manis. Setiap lapisan mengambil masa 3-6 minit bergantung jenis oven masing-masing. Harus perhatikan jangan sampai hangus ya...
7. Bila kek dah masak, biarkan kek di dalam loyang. Biarkan kek sejuk sepenuhnya pada suhu bilik.
8. Bila kek dah betul-betul sejuk, baru lah boleh dipotong untuk mendapatkan kek yang moist, lembut dan cantik lapisannya.
NOTA dari Aini Binte Madon
1. Saya gunakan pure butter seperti SCS dan Anchor untuk mendapatkan rasa dan texture yang berkualiti berbanding menggunakan marjerin seperti Buttercup dan sebagainya. Tapi ikut citarasa masing-masing la ya.. ada yang suka guna marjerin, boleh je... takde masalah... π
2. Saya guna 500gm butter dan ambil sedikit sahaja untuk disapukan pada dasar loyang (tak perlu sapu di tepi-tepi loyang) dan alaskan dengan baking paper.
3. Saya gunakan loyang berukuran 8x8x3 inci persegi.
4. Gunakan telur pada suhu bilik (room temperature) BUKAN SEJUK DARI FRIDGE.
5. Saya gunakan oven brand KHIND 52L (countertop) dengan api atas dan suhu 220°C. Kalau saya guna built-in oven, saya guna suhu 210°C. Saya letak di rak tengah. Harus ingat ya, penggunaan suhu oven masing-masing berbeza.
6. Setiap lapisan jangan terlalu tipis atau terlalu tebal... agak2 je... anggaran 90gm setiap lapisan.
7. Jika gunakan loyang 7x10x3 inci, tambahkan lagi 70gm kuning telur. Telur putih tak perlu tambah. Ini sebab loyang 7x10x3 besar sikit dari loyang 8x8x3 inci... (8x8x3 : 90gm setiap lapis & 7x10x3 : 100gm setiap lapis).. ini yang selalu saya buat... kalau nak lebih tebal lapisannya boleh aje.. π
SELAMAT MENCUBA π₯°