Kek Lapis Pretty Lily💜
Kek Lapis Pretty Lily
Bahan-bahan :
1. Butter (premium butter – anchor, tatura, lurpak, scs) – 500gram - sis guna tatura🤗
2. Gula halus – 50gram
3. Esen vanilla – 1 sudu makan
4. Ovalette – 1 sudu makan
5. Susu pekat – 300gram (boleh kurangkan jika xnk manis...ni sedang2 manisnya)
6. Telur gred A 0r B – 10 biji
7. Cream cheese – 250gram
8. Horlick – 300gram
9. Susu Tepung (apa2 brand) – 100gram
10. Sebuk Ice blanded vanilla – 100gram
11. Serbuk santan – 2 paket (100gram)
12. Serbuk Almond – 50gram
13. Almond Slice – 50gram (secukupnya)
14. Tepung superfine/hongkong – 300gram
15. Coklat cudbury original – 1 pek (165gram) – dicairkan guna kaedah double boiler
16. Blueberry paste / blueberry emulco – 1 sudu teh
17. Blueberry filling / blueberry Jem – 3 sudu makan (masukkan dlm piping bag utk paipkan dipermukaan lapisan putih – 3 lapisan)
18. Black cocoa powder (kalo xde black cocoa boleh guna serbuk koko biasa & boleh tambah pewarna hitam utk jdikan koko tu black 🤗 – 2 / 3 sudu makan
19. Pewarna Violet & putih (kalo susah cari kaler violet, purple pun boleh)
Cara-cara :
1. Putar butter, ovalatte, esen vanilla, gula halus, cream cheese sampai kembang / putih.
2. Masukkan telur satu persatu hingga habis. Putar lagi.
3. Masukkan susu pekat dan biarkan sebati.
4. Selepas itu masukkan bahan2 kering seperti Horlick, serbuk santan, serbuk almond, serbuk ice blanded vanilla, susu tepung. Mix sebati sampai adunan nampak licin & tidak berketul.
5. Akhir sekali masukkan tepung superfine/hongkong sedekit demi sedikit & mix sehingga adunan nampak licin & tidak berketul.
6. Sekiranya adunan nampak terlalu pekat, boleh tambah 50-100ml susu full cream (apa2 brand) untuk adunan cair sedikit.
Pembahgian Adunan :
1. Total adunan 2700gram+++
2. Ambil 700gram adunan dan letak coklat cudbury yg dicairkan (160gram) tadi & serbuk black cocoa. Ni untuk lapisan paling bawah warna hitam (ada 4 lapisan). Total lapis dlm 800gram +++ . Setiap lapisan 200gram.
3. Ambil 800gram adunan & letak blueberry paste & pewarna violet/purple. Total lapisan 4 lapisan & setiap lapisan 200gram.
4. Ambil 600gram adunan dan letak pewarna putih sahaja. 3 lapisan & setiap lapisan 200 gram.
5. Dan last sekali balance adunan tinggal dlm 600gram letak pewarna putih & sedikit pewarna violet/purple. Untuk jadikan adunan warna violet muda/purple muda.
6. Blueberry filling / blueberry jem masukkan dlm piping bag & paipkan dilapisan putih sahaja.
Proses Melapis :
1. Guna Loyang saiz 9x9x3 / 8x8x3.5
2. Gliskan permukan Loyang dgn butter & lapik baking paper.
3. Panaskan oven dahulu dlm 10 min.
4. Mula2 lapis warna hitam dahulu sebanyak 4 lapisan.
5. Abis adunan hitam, lapis adunan violet/purple 4 lapisan.
6. Selepas itu lapis aduan putih dan paipkan blueberry filling.
7. Selepas itu lapis adunan violet muda/purple muda & taburkan almond slice.
8. Selepas itu lapis aduan putih dan paipkan blueberry filling.
9. Selepas itu lapis adunan violet muda/purple muda & taburkan almond slice
10. Selepas itu lapis aduan putih dan paipkan blueberry filling.
11. Akhir sekali lapisan violet muda/purple muda.
SIAP!!!!
*Lapisan 1st gunakan api atas bawah dlm 10 min. Lapisan seterusnya sehingga abes lapisan guna api atas sahaja selama 10 min atau sehingga masak. Suhu bergantung kpd oven masing2.
*Ada 14 Lapisan semuanya. 4 lapisn hitam, 4 lapisan violet/purple, 3 lapisan putih & 3 lapisan violet muda/purple muda.
*Bahan-bahan boleh tahan banyak sbb kek ni kek premium & untuk dapatkan rasa yg sedap bahan2 jgn kedekut🤗
Terima kasih sudi baca resepi ni💜🥰
#keklapisprettylily
#keklapispremium
#keklapissarawak
#Insyaallahsedap