SOTONG MASAK RENDANG
Biasanya kalau menu sotong aku suka masak sambal sotong atau kari sotong dan kadang2 sotong kunyit... Hari ni, aku buat kelainan sikit .. SOTONG MASAK RENDANG
Bhn :
1 kg sotong (potong)
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang besar (dihiris halus)
1 batang serai (tumbuk hujung)
Rempah ratus
2sudu kari
1 sudu kerisik
2 sudu makan serbuk kari
3-4 sudu makan pati santan
3 helai daun kunyit (di hiris halus)
Cara.
1. Sotong di rebus tanpa air sbb semasa rebus sotong akan mengeluarkan air. Rebus selama 5-10 minit. Lps tu buangkan air..
2. Bawang putih dan merah di tumbuk.
3. Panaskan sikit minyak masak. Masukkan rempah ratus, serai dan bawang merah dah putih yang telah di tumbuk ke dalam kuali.
4. Bila sedikit kekuningan, masukkan kari dan sedikit air. Masakkan kari sampai kari pecah minyak.
5. Masukkan kerisik dan kacau.
6. Lps itu masukkan bawang besar sehingga layu sedikit.
7. Kemudian masukkan sotong yg telah ditus. Kacau. Tambahkan air sekiranya kering.
8. Masukkan santan, garam, aji dan sedikit gula. Kacau sehingga mendidik.
9. Akhir sekali masukkan daun kunyit. Kacau dan tutup api dapur. Siap utk di hidang.