RESEPI SAYUR KACANG MASAK SAMBAL UDANG
Bahan-bahan :
2 bawang putih
3 bawang merah
2 bawang besar
1 tin sambal udang Yeo's
Minyak masak, garam, aji, sedikit gula dan sedikit kicap masin
Cara-cara
1. Panaskan minyak, tumiskan bawang merah dan bawang putih yang telah dihiris hingga sedikit kekuningan..
2. Masukkan sambal udang Yeo's. Gaul dan biarkan memdidih kejap.
3. Masukkan sayur kacang dan bawang besar yang telah di hiris...
4. Kalau kering tambah sedikit air.
5. Gaul rata, masukkan garam, aji, sedikit gula (1sudu teh) dan sedikit kicap (1sudu makan).
6. Gaul hingga sebati dan sehingga sayur kacang separuh masak atau masak.
7. Tutup api dan siap di hidang.