Kek Lapis Gerua (Bakar)
Resepi Asal : Asiah Asong
Loyang : 8x8
Bahan-Bahan:-
500 gm mentega
150 gm gula
1 sudu teh ovellette
10 biji telur (saiz besar)
397gm susu pekat manis
300 gm tepong Hong Kong
100gm Horlick
100gm oren filling
30gm Black Coco
Coklat Paste
Perisa Sunkist
Warna ocean blue, oren
Cara:-
1) Pukul mentega, gula dan ovalette sehingga kembang. Dalam 7 minit. Speed tinggi.
2) Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus memukul.
3) Perlahankan mixer, tambah susu pekat manis.
4) Kurangkan kelajuan mixer hingga ke paras paling rendah. Masukkan tepung HK dan horlicks sedikit demi sedikit. Pukul hingga sebati dan rata.
Cara Membahagi Adunan
Bahagian 1
- 5 lapis
- Warna Oren
- Tambah Filling Oren
- Perisa Sunkist
- Kacau sebati dan ketepikan
Bahagian 2
- 5 lapis
- Coklat Paste
- Serbuk Koko Hitam
- Kacau sebati dan ketepikan
Bahagian 3
- 5 lapis
- Plain
- Warna Ocean Blue
Cara Bakar
- Suhu 180°C
- Fungsi Grill
- Api atas bawah untuk lapis pertama. Selepas 5 minit bakar menggunakan api atas sahaja sehinggalah selesai.
- Bakar dahulu lapis coklat hingga selesai. Kemudian bakar pula bahagian perisa Oren dan diikuti pula bahagian plain.
Selamat mencuba.