💕Kek Lapis Pepero Korea
Bahan
500g butter
85g gula halus
1 sudu besar ovelette
10 biji telur (A)
1 tin susu pekat manis (tin kecil)
1 sudu besar esen vanila
150g horlick
70g seri kaya
275g tepung hongkong
Bahan B
250g cream cheese (pukul sebati dahulu)
Bahan C
1 botol coklat emulco
2 1/2 sudu besar black coco powder
Bahan D
1 penutup botol red velvet emulco
2 penutup pewarna merah
Bahan E
1/2 botol coklat emulco
1 1/2 sudu besar black coco powder
Bahan F
1 kotak Pepero White Chocolate (256gram)
✓Pukul butter, gula juga overlate sehingga kembang..
✓Masukkan telur sebiji demi sebiji..
✓Masukkan esen vanila juga susu pekat..
✓Akhir sekali masukkan horlick dan juga tepung hongkong.. pukul sebati..
✓Bahagikan adunan kepada 2 bahagian..
~1.. Campur bahan B (sebatikan)
~2.. Campur bahan C (sebatikan)
✓Kemudian bahagikan lagi bahagian 1 (cheese) kepada 2 bahagian lagi..
~1.. tambah bahan D (sebatikan) } Merah
---bahagi adunan kepada 4 bahagian (2 bahagian atas dan 2 bahagian bawah)
~2.. tambah bahan E (sebatikan) } Coklat
---bahagi adunan kepada 4 bahagian (2 bahagian atas dan 2 bahagian bawah)
✓Panaskan oven pada suhu 180'c selama 10 minit..
✓Lapikkan loyang 7' @ 8' dengan baking paper..
✓Masukkan Adunan coklat (cheese) satu bahagian.. ratakan dan bakar hingga ia masak (bila sentuh dengan jari ia tak melekat)
✓Masukkan pula adunan merah 1 bahagian dan bakar hingga ia masak..
✓Dan lapis lagi adunan coklat (cheese) diikuti adunan merah bakar hingga masak..
✓Kemudian lapiskan pula adunan coklat (tanpa cheese).. ratakan dan susun pepero diatasnya.. kemudian bakar hingga ia masak..
✓Masukkan pula adunan coklat (tanpa cheese).. ratakan dan bakar hingga masak..
✓Bubuh lagi adunan coklat (tanpa cheese).. susun biskut pepero dan bakar hingga masak..
✓ulang proses hingga habis semua adunan coklat (tanpa cheese)
✓kemudian masukkan adunan merah.. ratakan dan bakar.
✓ulang melapis adunan coklat (cheese), di ikuti dengan merah dan diakhiri dengan adunan coklat (cheese) bakar hingga ia masak .. siap..
**** untuk lukis diatas Aznie guna adunan merah je.. cara dia.. kita bakar adunan coklat yang akhir dalam masa 3 minit je.. kemudian keluarkan dan lukis apa yg kita nak dengan menggunakan piping bag.. kemudian bakar lagi hingga ia masak.. siap....