KEK LAPIS SUNSTAR
8x8x3"
Resepi Idea Zull Hans
Bahan-bahan :
500 gm Butter (Butterchurn/Lurpak)
100 gm Gula Halus
1 sb Ovallete
1 sb Glycerin (optional)
300 gm Susu Pekat
12 Biji Telur A
100 gm Serbuk Aiskrim Vanilla
100 gm Serbuk Full Cream Milk
50 gm Serbuk Coffeemate
300 gm Tepung Pau
200 ML Susu Sejat / Whipping Cream
200 gm Nutella
1 Tin Sunstar Red Bean (blend bersama airnya)
20 gm Black Cocoa Powder
Pewarna Hitam
Pewarna Ungu
👉 Putar butter,gula,ovalete dan glycerin sehingga putih gebu selama 5-6 minit.
👉 Masukkan Susu Pekat,dan putar lagi sehingga sebati baru masukkan telur satu persatu sehingga kembang.
👉 Masukkan serbuk aiskrim,serbuk full cream,dan serbuk coffeemate..putar sehingga sebati,dan diikuti Tepung Pau dengan mixer yang perlahan..
👉 Akhir sekali,masukkan susu sejat/ whipping cream dan putar lagi sehingga adunan keseluruhan sebati.
👉 Bahagikan kepada 2 bahagian :
▶️ Hitam + Cocoa Powder + Nutella
▶️ Ungu + Red Bean
👉 Anggaran 189gm setiap Lapisan Hitam dan Ungu..
# Oven On dulu selama 10 minit..Bakar ikut MODE oven sendiri..saya guna 150c 1st lapisan,api atas dan bawah..2nd lapisan on yang bahagian atas sahaja sehingga habisan lapisan..
# 150c-140c selama 6-7 minit setiap lapisan !!!!!!!
✅5 lapisan Hitam di bawah..
☑Ungu
✅Hitam
☑Ungu
✅Hitam
☑5 lapisan Ungu diatas..
Selamat mencuba....semoga bermanfaat..🙂 ..
*NOTA : jangan dieran mun cair adunan ktk orang aok..nya nang gia,pas dibakar,nya menjadi moist..dan masak sekata..