KEK KURMA
Serius sedap😋😋
5 biji telur A
1 cawan gula castor
1cawan majerin pelangi
1sudu besar ovellet
1 cawan kurma (digunting)
1sudu kecil esen vanila
2 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
4sudu besar susu pekat
Cara-caranya:
Pukul telur dan gula hingga kembang.
Masukkan majerin pelangi,ovellet dan pukul lagi hingga gebu.
Masukkan kurma,susu pekat dan esen vanila. Kacau sebati.
Masukkan tepung dan baking powder. Kacau lagi.
Curah ke dalam bekas yang di alas kertas.
Bakar suhu 170c lebih kurang 40-45 min. Atas oven masing2.
Credit : Hana Norhana