RESEPI KEK LAPIS MASAM MANIS
acuan 7x7 @ 8x8
Bahan2:
Mentega 2 ketul anchor salted @ 500gm
150gm gula halus
1 sudu makan ovelette
10 biji telur gred A
170gm kaya (sy guna yoes)
5 sudu makan susu pekat
150ml air ais
*200gm tepung hongkong
*100gm holick
*100gm tepung roti marie/roti marie blend
(ayak bahan * bersama)
hawflakes secukupnya
pewarna hijau apple
pewarna kuning lemon
(atau guna pewarna yg disukai atau bersesuaian)
Cara:
-pukul mentega, gula dan ovelete pd kelajuan tinggi sehingga kembang dan bertukar putih.
-masuk telur satu persatu dan pukul lagi. diikuti dengan susu, kaya, air ais dan pukul hingga sebati dan kembang.
-perlahankan mixer, masukkan adunan adunan tepung yg diayak tadi sedikit demi sedikit dan pukul sebati.
-bahagikan adunan kepada 2. hijau dan kuning. mulakan dgn lapisan hijau. bakar pada suhu 150-170 bergantung oven bbrapa minit sehingga masak (guna api atas sahaja). selepas itu, lapis adunan kuning pula dgn susun hawfles. ulang langkah seterusnya sehingga habis.