KEK LAPIS INDIA (Bakar)
Bahan –bahan :
10 biji telur Gred A
250 g gula halus
16 oz mentega
4 sudu makan susu manis
1 sudu makan vanilla
50g tepung gandum
200g serbuk roti marie cap ayam
50g nestum baby cerelac (putih)
25g kelapa kering
Coklat Cadbury secukupnya
Cara – caranya :
1.Pukul mentega dengan gula sehingga kembang.
2.Masukkan esen vanilla.
3.Masukkan telur satu persatu.
4.Masukkan susu manis. Sebatikan.
5.Ayak serbuk roti marie, tepung gandum dan nestum cerelac.
6.Masukkan sedikit demi sedikit tepuing yang telah diayak tadi.
7.Masukkan kelapa kering. Sebatikan.
Cara membakar :
1.Panaskan oven pada suhu 160 c menggunakan api atas bawah.
2.Alaskan Loyang dengan menggunakan kertas minyak dan mentega sedikit.
3.Masukkan 1 cawan adunan dan ratakan ke sluruh permukaan Loyang adunan tadi.
4.Bakar selama 10 minit atau sehingga masak.
5.Setelah masak, tukar fungsi api kepada api atas sahaja.
6.Ulang lagi lapisan dengan 1 cawan adunan.
7.Setelah lapisan kedua masak, susun coklat Cadbury secara ( 7 x 5 ). Tuang 1 cawan adunan ke atas coklat yang telah disusun tadi. Ratakan semua adunan supaya menutupi coklat yang telah disusun.
8.Ulang lapisan ketiga dengan 1 cawan adunan tanpa coklat.
9.Ulang lapisan keempat dengan susunan coklat. Tuang 1 cawan adunan ke atas coklat yang telah disusun tadi. Ratakan semua adunan supaya menutupi coklat yang telah disusun.
10.Ulang lapisan kelima dengan 1 cawan adunan tanpa coklat.
11.Ulang lapisan keenam dengan susunan coklat. Tuang 1 cawan adunan ke atas coklat yang telah disusun tadi. Ratakan semua adunan supaya menutupi coklat yang telah disusun.
12.Ulang lapisan ketujuh dengan 1 cawan tanpa coklat.
13.Ulang lapisan kelapan dengan susunan coklat. Tuang 1 cawan adunan ke atas coklat yang telah disusun tadi. Ratakan semua adunan supaya menutupi coklat yang telah disusun.
14.Ulang lapisan kesembilan dengan 1 cawan adunan tanpa coklat.
15.Ulang lapisan kesepuluh dengan 1 cawan adunan tanpa coklat.
TIPS : Setelah kuih lapis masak, biarkan sejuk selama 15 minit barulah dikeluarkan dari Loyang. Letak dalam peti selama semalaman untuk memastikan coklat mengeras secukupnya. JIka hendak memotong, pastikan kuih dikeluarkan sebentar supaya coklat di dalamnya senang untuk dipotong.