Resepi Kek Dua Cinta Berkasih
👉Resepi Ciptaan Juliza Ahmat
Bahan2 Utama
- 500gm Butter Golden Churn
- ½ Gelas Gula Castor
- ½ Gelas Tepung Susu Nespray
- 10 Biji Telur Ayam Gred A
- 200gm Horlick
- 1 Tin Kecil Susu Pekat (388gm)
- 1 Tin Kecil Serikaya (170gm)
- 1 Gelas Tepung Hongkong
- 200gm Milo
- 100gm Chocolate Nutella @ Coklat Masakan
- 250gm Bijan (Di sangai Dahulu & di sejukkan)
- Sedikit Oreo Tabur jika suka
- 30ml Pandan Paste @ 15ml jika xnak byk
- Sedikit Browning @ Pewarna Hitam @ Dark Koko 1sudu
Cara2 Membuat
Pukul Butter & Gula Hingga betul2 kembang
Masuk Telur satu persatu & kacau sebati
Masuk Pula Susu pekat serta serikaya
Kemudian masuk pula Horlick & tpg Hongkong kacau rata & jgn terlalu lama
Bahagi adunan kepada 2 bahagian & timbang sama berat
🌸Bahagian 1 (Hijau utk Tengah²)
Masuk Tepung Susu, oreo Tabur & Pandan Paste
Kacau Rata
🌸Bahagian 2 (Coklat)
Masuk Milo, Choc Nutella, Bijan & Sedikit Browning sugar @ Pewarna Hitam 1 sudu
Kacau hingga sebati, bahagi lagi 2 bahagian sama byk
▪︎Kukus bhgn Coklat 1adunan pertama 1jam 15min
▪︎Kemudian Kukus bahagian Hijau 1jam 30 minit
▪︎Akhir sekali kukus last bhgn Coklat 1jam atau hingga masak
▪︎Guna Loyang 9x9
#Selamat_Mencuba