KEK LAPIS RED VELVET
ADUNAN MERAH
250 gm butter
5 biji telur gred A
235 gm tepung gandum diayak bersama 2-3 sudu makan serbuk koko
175 gm gula castor
150 gm susu pekat manis
1 cup mixed berries yoghurt (berat bersih 135 gm)
1 sudu teh ovalette
Pewarna merah
ADUNAN CHEESE
500 gm cream cheese
3 biji telur gred A
120 gm gula castor
Sedikit esen vanilla
CARA2NYA:-
Adunan Merah:
1. Pukul butter dan gula sehingga putih dan kembang.
2. Masukkan ovalette dan telur satu-persatu, putar sehingga sebati dan kembang.
3. Masukkan susu manis dan putar lagi sehingga sebati.
4. Masukkan sedikit demi sedikit tepung dan serbuk koko yang sudah diayak. Putar sehingga semuanya sebati dengan kelajuan yang perlahan.
5. Campurkan yoghurt bersama pewarna merah, gaul sebati dan masukkan ke dalam adunan tepung tadi, putar lagi dengan kelajuan yang perlahan sehingga adunan bertukar warna merah sepenuhnya.
Adunan Cheese:
1. Putar cream cheese sehingga lembut.
2. Kemudian masukkan gula. Putar lagi sehingga sebati.
3. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar sehingga adunan sebati dan bahagikan kepada 3 bahagian.
Panaskan oven 170-190°C.
Griskan loyang berukuran 8x8x3 inci dan alaskan dengan baking paper.
Mulakan membakar adunan merah dahulu sebanyak 3 lapisan, setiap lapisan merah tu tak perlu bagi perang sangat. Bila dah nampak kering dan masak, boleh lah sudukan satu lagi lapisan, sebanyak 5 sudu makan sehingga 3 lapisan. Baru masukkan bahagian pertama adunan cheese pula. 3 lapis adunan merah, 1 lapis adunan cheese, 3 lapis adunan merah dan seterusnya... Lapis sampai habis.
NOTA
1. Telur saya guna beratnya sebiji 65 gm.
2. Pewarna merah saya gunakan pewarna cecair cherry red colour paste sebanyak 4 sudu teh.
3. Adunan merah saya bahagikan kepada 4 bahagian dan adunan cheese kepada 3 bahagian.
4. Saya tak bakar adunan merah berlapis2. Saya tuangkan semua adunan merah yang pertama dan bakar pada suhu 180°C sehingga permukaan kek kering. Setelah itu, saya tuangkan pula adunan cheese dan bakar sehingga kering dan masak. Saya ulang process yang sama sehingga adunan merah yang terakhir.
5. Saya biarkan kek di dalam loyang sehingga tepi2 kek mula renggang dari loyang. Saya selarikan dengan pisau dan terbalikkan di atas wire rack hingga kek sejuk sepenuhnya.
SELAMAT MENCUBA 🥰