LAPIS MASHISOYO
================
Tahap kesukaran - Mudah
Jenis kek -Medium
Masa penyediaan- 4 jam
Hakmilik -Elhumayra #teamkakell
Berat dan harga kek - 2.9 kg 100 hengget
1) 500 gram butter
2)100 gram gula
3) 300 gram tepung superfine
4) 600 gram telur
5) 200 gram susu penuh krim cecair dlm kotak
6) 150 gram susu pekat manis
7)100 gram susu tepung full cream
8) 1 sudu besar ovallate
9) 1 tin kecil serikaya
Bahan A
=======
-1 sudu koko hitam
- 1 sdb chocolate emauco
-100 gram peanut butter coklat
-sedikit pewarna hitam(optional)
Bahan B
=======
red velvet emauco
Bahan c
=======
-stengah tin isi laici beserta stengah tin air laici di blend
-10 keping biskut tiger di blend halus
-20 gram tepung superfine
-warna pink
METHOD
========
-Pukul gula mentega dan ovallate sampai putih
-masuk susu dan putar hingga sebati
-masuk telur satu persatu.putar.
-masuk susu tepung,tepung superfine,susu full cream.putar hingga adunan memutih .
PEMBAHAGIAN ADUNAN
======================
Timbang keseluruhan adunan .Saya dapat 2400 gram
Bahagi 3 adunan👇👇👇
1) 700 gram masuk bahan A
bahagi pada 3 👉233 gram satu
lapisan
2) 700 gram masuk bahan B
bahagi 3👉233 gram satu lapisan
3) lebih adunan masuk bahan C
bahagi 5👉 lebih kurang 200 gram
satu lapisan
PERSEDIAAN MEMBAKAR
======================
Panaskan oven pada suhu 150"C
Lapik loyang 9"9"3 dengan kertas minyak.
panaskan loyang sebentar sebelum melapis bahagian pertama .
CARA MELAPIS
=============
Lapis bahagian A .lapisan pertama bakar pada suhu 150 api atas bawah 4 minit kemudian tukar setting pada api atas sahaja 5 minit.lapis sehingga habis lapisan hitam.
lapis bahagian B tiga lapisan hingga habis
Diikuti lapisan C hingga habis
selamat mencuba😊