Resepi Kuih Lapis
Bahan-bahannya:
Tepung Gandum 1/2 cawan
Tepung Kanji @ tepung ubi 1/2 cawan
Tepung Beras 3 cawan
Gula 1¹/² cawan (kalau nak kurang manis, 1 cwn cukup).
Air masak 3 cawan
Santan 1 cawan ( boleh di ganti dgn susu cair kalau tak ada santan)
Garam 1/2 sudu kecil
Pandan paste
Browning
Nescafe 3 in 1 - 1 sd teh sahaja
Sediakan pengukus,biarnya panas. Dah siap adunan boleh terus Kukus.
Caranya:
Satukan semua bahan. Kecuali pewarna dan nescafe. Diblend atau di kacau rata sehingga gula larut dan sebati. Adunan ditapis, supaya tak ada tepung yang berketul.
Bahagi kepada 2. Bahagi sama rata.
1) Satu bahagian dimasukan pandan paste dan jika perlu masukan sedikit pewarna hijau.
2) Satu bahagian dimasukan browning & nescafe 3 in 1.
Sediakan acuan. Sapu acuan dgn minyak supaya tidak melekat.
Tempoh kukus setiap lapis dalan 2 ke 3 minit. Cuba tekan dgn jari, kalau lekat maksud nya blm masak. Bila tak lekat boleh la tuang lapisan seterusnya.
Setelah lapisan terakhir biarkan lama sikit lebih kurang 10 minit, sebelum off pengukus.
Biar sejuk sebelum di potong. Potong guna spatula atau pisau plastik.
Selamat Mencubađź’š