Kek Batik Sempoi
Mufidah Abdul Hadi Alyunusi
Kek batik yang sangat mudah, hanya menggunakan 3 bahan sahaja..
- 500 g cooking chocolate
- 350 ml dairy cream (krim tenusu - jangan guna nondairy cream yer, nanti manis sangat)
- Biskut marrie secukupnya (bleh juga guna biskut jejari)
Alas acuan (saya guna loaf pan) dengan plastik biar hujungnya melebihi ketinggian acuan. Ketepikan.
Potong coklat kepada saiz yang kecil dan masukkan ke dalam bekas tahan panas. Ketepikan.
Panaskan krim hingga berbuih-buih. Angkat dan tuangkan dalam bekas berisi coklat. Ketepikan selama seminit dan kemudian kacau hingga coklat larut sepenuhnya. Ketepikan hingga suam.
Bila adunan dah suam, masukkan biskut marrie secukupnya ke dalam adunan coklat tadi dan gaul rata. Tuangkan ke dalam acuan dan simpan dalam petiais ( kalau nak cepat simpan dalam freezer) hingga adunan membeku. Terbalikkan ke atas bekas hidangan dan hias mengikut citarasa sendiri. Simpan kek batik ini di dalam petisejuk.
Jika inginkan biskut marrie kelihatan lebih tersusun, boleh ikut kaedah ini. Tuang sedikit adunan coklat ke dalam acuan dan susun biskut marrie atasnya. Masukkan ke dalam freezer sebentar (dalam 10 minit) supaya adunan coklat mengental dan biskut tetap pada tempatnya. (Tak perlu tunggu hingga adunan coklat benar2 keras)
Keluarkan dari freezer dan tuang sedikit lagi adunan coklat menutupi biskut tadi. Susun selapis lagi biskut dan masukkan semula ke dalam freezer. Ulang proses ini hingga habis. Akhir sekali simpan kek batik di dalam petiais (kalau nak cepat, simpan dalam freezer) hingga adunan coklat mengeras. Terbalikkan kek batik ke atas bekas hidangan dan hias mengikut citarasa sendiri