Resepi Roti Pizza
Bahan bahan :
- 1 1/2 cawan air suam
- 2 sk yis mauripan
- Secubit gula
- 4 cawan tepung gandum
- 1/4 sk garam
- 1/4 cawan olive oil
- Sedikit olive oil (lumur)
Cara-cara :
[X] Campurkan gula ke dalam air suam dan masukkan yis. Kacau rata dan biarkan selama 5 minit tanpa dikacau lagi.
[X] Ayak tepung ke dalam mangkuk. Masukkan garam. Buatkan satu lubang di tengah tengah tepung. Tuangkan olive oil ke dalamnya, diikuti dengan air yis tadi.
[X] Ambil pisau dan dilalukan seolah memotong kek dari tepi ke tepi sehingga menjadi sebati.
[X] Dengan menggunakan kedua dua tangan, uli, gulung doh sehingga tidak melekat di tangan.
[X] Taburkan tepung gandum atas papan pencanai. Uli doh sehingga rata dengan meletakkan tangan di kedua dua tepi doh, dilipat ke tengah dan ditolak ke depan dengan kedua dua tangan.
[X] Sapukan olive oil di mangkuk dan letakkan doh yang siap diuli di dalamnya. Sapu lagi olive oil di serata permukaan atas doh.
[X] Akhir sekali tutup dengan plastic wrap dan biarkan doh selama 30 minit. Keluarkan doh yang dah naik berkali ganda, tumbuk dan bahagi kepada 2 bahagian.
[X] Sapukan dulang pizza dengan butter. Leperkan doh pizza dan dicucuk cucuk sedikit dengan garfu bagi mengeluarkan udara.
[X] Bolehlah disapu dengan sos pizza dan letaklah apa apa topping pizza yang disukai.
[X] Siap doh yang gebu dan lembut ini. Siap untuk diletakkan sos dan topping...
.
.
KREDIT FACEBOOK
Resepi Sheila Rusly