Resepi Cili Jeruk
Bahan-bahannya :
12- 15 biji cili hijau
1 cawan gula pasir
1 cawan cuka makan
2 cawan air
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil kapur makan
Cara membuatnya :
1. Cili hijau dibersihkan & dipotong secara menyerong atau secara membulat anggaran 1/2 inci tebal.Kemudian dimasukkan kedalam tapis plastic yang lubangnya besar, & goyang-goyangkan tapis supaya biji-biji cili akan terkeluar.
2. Rendamkan cili hijau tersebut anggaran 30 minit di dalam air kapur.Lepas itu bersihkan semua cili daripada air kapur
3. Jeruskan air panas mendidih pada cili hijau tersebut supaya layu sedikit. Ketepikan sebentar supaya airnya tos.Masukkan kedalam botol & ketepikan.
4. Sementara itu masakkan gula, cuka beserta dengan air & garam hingga mendidih. Biarkan dia sejuk dahulu.Setelah itu curahkan kedalam botol yang berisi cili hijau tersebut. Cili mestilah terapung anggaran 1 inci daripada permukaan botol. Sekiranya cili tidak terapung, bolehlah ditambahkan sedikit air panas sehingga cili hijau terapung.Tutup botol & simpanlah cili jeruk nie anggaran 1 hari, bolehlah dimakan.Cili jeruk nie lebih sedap rasanya jika disimpan lama.
- SELAMAT MENCUBA-
Sumber : Shiema Yunos