Lapis Sinu Ngenang (MEMOIR) (Bakar)
Resepi : Asiah Asong
Bahan-Bahan
Loyang : 9x9x3
500gm Butter
170gm Cream Oreo(inti oreo)
1SB Ovelet
10 Biji Telur gred A
397gm Susu Pekat Manis
100gm Horlick
260gm Tepung Hong Kong
50gm Nestum Cerelac
400gm Cream Cheese
80 Keping Biskut Oreo
Cheese Parut
Cara Membuat
Pukul butter bersama cream Oreo dan Ovelet sampai kembang. Masuk cream cheese. Pukul sebati. Masuk telur satu persatu. Sebatikan. Masuk susu pekat. Sebatikan. Masuk Horlick. Sebatikan. Masuk Nestum. Sebatikan. Masuk tepung. Sebatikan.
Bakar lapis pertama menggunakan api atas bawah dalam 5 minit. Selepas itu bakar menggunakan api atas sahaja sampai masak. Sambung melapis untuk lapis yang seterusnya. Suhu 180°C.
Parut cheddar cheese di lapisan biasa. Letak biskut oreo pada lapisan ke 3, 6, 9, 12 dan 15 (terakhir). Saya susun 16 keping biskut oreo pada lapisan oreo. Senang untuk jual cara potong. 4 potong semua dapat sama jumlah biskut oreo.
Nota
- Bubuh warna putih, kalau inginkan kek putih. Kalau tak bubuh pun tak apa. Warna kek akan sedikit perang.