Kek santan berlada.
Very moist & aroma buah yg semerbak~
Bahan-bahannya :
11 biji telur ayam
16 oz mentega
2 paket buah prune (200 gram/paket)
1 bungkus ceri merah
1 bungkus ceri hijau
1 gelas tepung gandum
1 gelas tepung naik sendiri
2 gelas gula halus
1 sudu teh esen vanilla
*1 sudu teh soda bikarbonat
*1 sudu teh baking powder
300 gram kismis hitam
(bahan * diayak bersama tepung)
Cara membuat :
1. Buah prune dibuang biji dan dikukus sehingga lembik dan kemudian dilecek halus. (skrg ada seedless prune di pasaraya )
2. Kismis dicincang kecil2 manakala ceri dipotong 2.
3. Cairkan mentega.
4. Pukul telur dengan gula sehingga kembang.
5. Masukkan campuran tepung, buah prune, esen vanilla, kismis dan buah ceri. Gaul rata. Akhir sekali masukkan mentega yang telah dicairkan.
6. Bakar adunan di dalam loyang 8x8 selama1 jam. (suhu bergantung pada ketuhar masing2, 150 - 200 degree celcius)
7. Keluarkan kek dari ketuhar dan kukus selama 1 jam atau sehingga masak.
*kadang2 kek masih bergoyang apabila dikeluarkan dari ketuhar, selepas dikukus kek akan masak sepenuhnya.