Resipi Kek Sarang Semut Berongga
Bahan-Bahan:
3 Biji telur
1 sudu kecil Esen Vanila
Setengah cawan susu pekat manis
125gram Mentega (cairkan)
1 cawan gula
1 cawan Air Panas
1 cawan Tepung Gandum
1 sudu kecil Soda Bikarbonat
Cara Membuat:
1. CARAMEL
Gula secawan - hanguskan jangan sampai hangit nanti pahit.. Dah jadi caramel tuang air panas secawan.. Kacau sebati.. Suamkan ketepikan.
2. Cairkan mentega 125g.Ketepikan
3. Ayak tepung dengan soda bikarbonat.Ketepikan
4. Ambil besen yang kering dan bersih..Pecahkan 3 biji telur.. Kacau-kacau sahaja guna whisk.. Kemudian masukkan esen vanila.. Masukkan setengah cawan susu pekat.. Kacau lagi bagi sebati.
5.Tuangkan mentega cair tadi dalam adunan.. Whisk kan.. 6.Kemudian masukkan tepung gandum dan Soda Bikarbonat.
Kemudian masukkan gula hangus tadi.. Kacau sampai takda ketulan tepung...
Bakar api bawah dahulu 25minit suhu 140
Kemudian tukar api atas bawah 25minit suhu 170
kredit resepi :ummydarwisha Mansor