Lapis Si Masam Manis
By Eskandar
Loyang 8.5x8.5x3.5
BAHAN-BAHAN
®500gm Butter Berkualiti(baru kek moist)
®70gm gula halus
®1 sm Ovelet
®380gm susu pekat
®11biji telur gred AA
®200gm horlick
®150gm serbuk icecream vanila
®100gm tepung susu full cream
®280gm tepung superfine/pau/hongkong
®Hawflakes secukupnya(sy pakai jenis yg petak 2bungkus)
®Pewarna:hijau/kuning lemon(terpulang nak warna ape ye)
[Cara-Cara]
😉Butter+gula+ovelet pukul sehingga putih berkrim menggunakan speed max selama 7-10minit.
😉Masukkan susu pekat manis sebatikan sehingga nampak berkrim.
😉Kemudian Masukkan telur 1 per 1 pukul lagi sehingga kembang.
😉Masukkan bahan2 kering seperti horlick+icecream vanila powder+susu tepung full cream sebatikan adunan.
😉Akhir sekali masukkan tepung pukul adunan sehingga betul2 sebati dan tidak berketul2.
⚖Bahagi 2 adunan sama banyak(sy timbang baru cun sama banyak)
a)Hijau
b)kuning lemon
Cara melapis:
👨🏻🍳Masukan adunan hijau dan susun Hawflakes.bakar sehingga lapisan nampak keperang2an menggunkan api atas bawah selama 5minit dan tukar ke api atas sahaja sehingga selesai proses membakar. Suhu 150c.
👨🏻🍳Setelah lapisan pertama masak masukkan pulak adunan kuning utk lapisan ke 2.lapisan kuning ni tak perlu susun Hawflakes ye(Kalau bajet bnyk boleh la susun tpi kena bli 3-4bungkus la)
👨🏻🍳Ulangan step yg sama sehingga selesai proses membakar..
Selamat mencuba....
Resepi ikhlas dari sy:
CakeNyaman