PUDING TEMBIKAI (OLEH MAS COTEK)
BAHAN A
1 paket serbuk agar² (10gm)
4 cwn air
BAHAN B (diblend)
3 keping roti putih gardenia
1 biji telur
1/4 cwn gula
1/2 cwn susu pekat
2 sdb mentega/margerin
1 tin susu cair
1 sdt esen vanilla
1/2 sdt perisa rose golden lion + 1/2 sdt bright red
1/2 sdt pewarna hijau tua + 1 sdt pewarna hijau apple star brand
**takut lupa warna apa opah guna,taip siap2 kt sini
BAHAN LAIN (biji² tembikai)
cincau
bijan hitam
selasih
coklat chip
coklat rice
terpulang nak masukkan ye
CARANYA
~masak bahan A sehingga larut
~perlahankan api
~masukkan pula bahan blend dan kacau sebati
~dengan menggunakan api perlahan masak sehingga adunan mendidih/naik wap
~tutup api
**utk loyang 8x8
~ambil 1 cwn adunan puding diwarnakan hijau
~tuang ke dalam loyang/sejukkan
~cakar dgn garpu permukaan puding
~ambik 3/4 cwn adunan puding iaitu warna asal tuang ke atas lapisan hijau sejukkan
~cakar juga permukaan puding
~adunan selebihnya diwarnakan merah masukkan cincau atau bijan hitam (terpulang)
~tuang merah ke atas lapisan asal kemudian sejukkan
~siap/sedia dihidangkan
**utk loyang segi 3 ( #LoyangSegi3 ni ada jual di bakery)
~tuang merah, warna asal dan akhir sekali hijau
ikut langkah2 yg sama
**disini ada kesilapan sedikit
lapisan tgh opah tu sepatutnya nipis sedikit dari lapisan hijau..
opah dh silap tuang..
hijau tebal baru cantik,. bg mata opah le..kome pandai2 lah ye.. 😍 😍