Brownies kedut
Bahan2
450 gram dark chocolate compound ( saya guna yg coin jenama Beryl's )
130 gram butter @ marjerin
100 gram gula perang ( suka manis boleh lebihkan sedikit gula )
3 biji telur ( saya guna size B )
100 gram tepung kek ( self raising flour )
Cara2 utk bahan A
Satukan butter dan chocolate compound, masak guna kaedah double boiler sehingga bahan tersebut cair, ketepikan.
Cara2 utk bahan B
Dalam bekas yg berlainan, whisk telur dan gula hingga rata dan sebati ( pukul manja2 je tau )
Tuang adunan A tadi ke dalam adunan B, gaul rata, masukkan tepung sedikit demi sedikit, gaul lagi bagi sebati
Sediakan loyang 9×9 inc yang telah di alas baking paper
Tuang adunan ke dalam loyang, bakar suhu 160°C selama 30-40 minit ( ikut suhu oven masing2 ya )
Sejukkan brownies terlebih dahulu baru di potong
☆ panaskan oven selama 10-15 minit sebelum proses membakar ☆
Tips..selepas brownies dah masak, tutup suis oven, renggangkan sedikit penutup oven dn biarkan seketika brownies di dalamnya..
Credit : Mawar Merah