Resepi Donut Gebu
Bahan-bahan :
4 cawan tepung gandum
2 sudu besar marjerin
2 sudu besar susu pekat manis
Air suam
Sepeket yis kering (instant)
Cara-cara :
-Gaulkan tepung dengan marjerin seperti serbuk roti.
-Air suam di bancuh dengan susu pekat dan digaul bersama yis.
-Setelah susu dan yis kembang berbuih, curahkan ke atas adunan tepung tadi. Ambil air suam dan tuang sedikit demi sedikit, uli adunan hingga tidak melekat di tangan.
-Tutup adunan dengan kain lembab dan biarkan dalam 20minit.
-Setelah 20 minit, uli semula adunan yang telah kembang, sehingga menjadi doh semula.
-Bentukkan bulat2 bentuk donut, dan biarkan dalam dulang yang disapu minyak dan tutup dengan kain lembab. Biar dalam 10 minit sebelum goreng.
Tips : Buat kecil2 dan letak jarak2 sebab selepas 10 minit nanti kembang.
-Panaskan minyak dengan api perlahan. Dah agak panas, goreng donut dan selalu balik balikkan sehingga jadi warna perang. Angkat dan tos minyak seketika sebelum di gaul dengan gula halus.
Tips : Biar api perlahan, jangan kuatkan langsung untuk dapat hasil yang cantik dan gebu.
Untuk frozen, goreng sekejap sahaja sehingga kekuningan cerah, tos dan masuk bekas untuk di bekukan. Bila nak goreng semula, biar kat luar dulu dalam 5 minit (defrost/nyahbeku) sebelum menggoreng dgn api perlahan sehingga perang.
Selamat mencuba :-)
#CiksuKitchen
#Donut
Update : gambar yis, cawan sukat
Credit : Suriani Ilias