Kek Lapis Baju Askar
Bahan- bahan
500g mentega
10 biji telur
11/2 gelas gula halus
1 sudu teh ovelete
1 sudu teh vanilla
1 tin kecil susu pekat Manis
1 bungkus Horlick
1 tin kecil sri kaya
1 3/4 gelas tepung gandum
Browning sugar/coklat emulco
Pandan paste
Pewarna hijau
Cara- Cara
1.Pukul mentega dan gula hingga kembang,masukkan ovelete,pukul sampai sebati.
2.Masukkan esen vanilla,kemudian masukkan telur satu persatu.Pukul lagi hingga sebati.
3.Kemudian masukkan sri kaya,susu,horlick dan tepung gaul sampai sebati.
4.Bahagi adunan 3 bahagian
* 1 bahagian - pandan paste dan pewarna hijau
* 1 bahagian - browing sugar/coklat emulco
* 1 bahagian - warna asal
5.Masukkan adunan kedalam piping bag dan dipicit menyerong secara berselang seli.
6.Bakar selapis2 hingga adunan habis pada suhu 180° atau ikut oven masing2..
*dipersilakan share ☺