Kek tapak kuda(nutella roll cake) versi DUAA
Bahan
* tepung gandum 110gm
* telur 5 biji
* kuning telur 5 biji (kuning sahaja)
* gula halus 100gm
* ovalette 1 sudu makan
* baking powder 1 sudu kecil
*1 sudu tpg susu( xltk pun xpe)
1-Mixer semua sehingga kembang putih.
2-Masukkn mentega 135gm yg telah dicairkan.gaul sebati.
(1 sudu coco powder/ pewarna coklat/ coklat flavour)
3-Kemudian ambil 1/4 adunan masukkn coco powder 1 sudu-sebatikan.(saya letak coco powder dan flavour coklat sedikit-nak bg warna gelap sikit)
4-Adunan asal masukkn dalam paper icing bag.
5-Acuan yg telah di alas dgn kertas minyak,letakkn sedikit adunan coklat. Ratakan adunan coklat..kemudian adunan asal paipkan sedikit-sedikit sampai adunan coklat tertutup.
6-Bakar 150’c api atas bawah ( ikut kepnasan oven masing) sehingga masak.
7-Sejukkan terlebih dahulu,kemudian guna wrapping plastik,ltk kek yg telah dibahagi dua tadi..letak coklat nutella. ( saya,setiap acuan bahagi dua)
*Adunan ni saya dapat 3 acuan saiz 9...jadi dapat 6 roll.
# panaskan oven terlebih dahulu sebelum meletakkn kek.
# banyak mana coklat nutella terpulang..klau nak mkn sndri..letak byk pun ok..asal nak je..hahahaha
# nak buat jual-jual,boleh la kira untung rugi nak letak nutella nya byk mana ok.
Semoga manfaat.Share jak dipersilakan...sila-sila