Kek Lapis Harimau Malaya
10 biji telur
500g mentega
180g gula halus
1 sudu mkn ovellate
200g horlick
200g tepung hong kong
1/2 tin susu pekat manis
1 tin sri kaya (medium)
160g coklat masakan (dicairkan)
1 cwn milo
150g cream cheese
browning sugar
1 sudu kecil esen vanila
Cara - cara:
1.Pukul mentega,gula,dan ovellate sehingga kembang.
2.Kemudian,masukkan telur 1 persatu sehingga sebati.
3.Kemudian masukkan tepung,horlick dan sri kaya.Gaul sampai sebati
4.Kemudian bahagi adunan kepada 2 bahagian.
*Bahagian 1:warna oren - Masukkan cream cheese
*Bahagian 2:warna coklat - Masukkan coklat cair,milo & sedikit browning sugar.
5.Masukkan adunan kedlm piping bag
6.Picitkan warna coklat pada lapisan pertama(seperti di dlm gambar) diselang seli dgn warna oren.
7. Kemudian lawan arah untuk lapisan kedua.
8.Bakarlh selapis2,ulangi proses yg sama sampai adunan habis.
*Lapisan pertama api ats bwh selama 5 - 15minit (suhu 150°C ikut kepanasan oven masing2)
*Lapisan kedua dan seterusnya baru api ats selama 5-15minit.