KEK LAPIS IDOLA
BAHAN2
.
.
454gram mentega Anchor
3/4 gelas gula castor
1sm ovallete
1 tin susu pekat manis
200gram horlick
5sm serikaya
50gram(1 bungkus)serbuk santan
2 gelas tepung pau
10 biji telur gred AA
500gram Beryl's cooking chocolate(dicairkan)
1/2 gelas milo
1sm esen vanilla
3sm browning sugar
Pewarna kuning
.
.
CARA MENGADUN
.
1. Mentega,gula dan ovallete pukul sampai kembang.
2. Masukkan telur satu persatu. Sebatikan.
3. Masukkan susu pekat, serikaya, horlick, santan dan esen vanilla. Sebatikan.
4. Kemudian masukkan tepung pau sedikit demi sedikit. Sebatikan.
CARA BAHAGI ADUNAN
.
1. Ambil 1200gram(12 senduk) adunan.
2. Letak pewarna kuning.
3. Kemudian bahagi lagi adunan kpd 2 bahagian. 600gram(6 senduk) setiap bahagian utk lapisan atas dan bwh kek.
4. Adunan yg selebihnya.. Masukkan milo, cooking chocolate dan browning sugar. Sebatikan.
.
CARA MELAPIS
.
1. Masukkan 200gram(2 senduk) adunan kuning ke dlm acuan. Bakar guna api atas dan bawah selama 5minit. Kemudian tukar api atas shj dan bakar lagi selama 5minit atau sampai masak/keperangan.
2. Masuk lagi 200gram adunan kuning. Bakar selama 10minit atau sampai masak.
3. Masuk lagi lebihan adunan kuning. Bakar.
4. Selepas itu, masukkan 200gram(2 senduk) adunan coklat. Bakar sampai betul2 masak. Anggaran masa 13minit.
5. ulang step yg sama seperti no.4 sampai habis.
6. Kemudian masukkan 200gram(2 senduk) adunan kuning lagi. Bakar 10minit atau sampai masak.
7. ulang step seperti no.6 sampai adunan kuning habis.
P/S..
-Panaskan oven terlebih dahulu sebelum melapis. Panaskan selama 10minit guna api atas dan bawah.
-Jika adunan coklat x cukup masak,kek x akan menjadi. Rajin2lah pusing acuan d dlm oven agar ia masak sekata. Bakar hingga betul2 naik bau.