KEK LAPIS HARIMAU MALAYA
SUMBER : DR GROUP MK
DICUBA OLEH : AZNIE KHASRI
BAHAN A
10 BIJI TELUR (A)
180G GULA HALUS
1 S/B OVERLATTE
200G HORLICK
200G TEPUNG HONG KONG (AZNIE GUNA TEPUNG GANDUM JE)
BAHAN B
16 OZ MENTEGA (500G)
1/2 TIN SUSU PEKAT MANIS
1 TIN SEDERHANA SERI KAYA (AZNIE BUBUH 1 CAWAN JE)
1S/T ESEN VANILA
BAHAN C
160G COKLAT MASAKAN (AZNIE BUBUH 200G)
120G CREAM CHEESE
-MASAKKAN COKLAT JG CREAM CHEESE SECARA DOUBLE BOIL SECARA BERASINGAN HINGGA CAIR....
-PUKUL TELUR, GULA DAN JUGA OVERLATTE HINGGA KEMBANG...
-DIDALAM BEKAS YG LAIN PUKUL BAHAN B HINGGA KEMBANG DAN BERKRIM...
-KEMUDIAN MASUKKAN ADUNAN TELUR TADI KEDALAM ADUNAN MENTEGA SEDIKIT DEMI SEDIKIT SAMBIL TERUS MEMUKULHINGGA SEBATI...
-MASUKKAN CAMPURAN TEPUNG JG HOLICK YANG TELAH DIAYAK SEDIKIT DEMI SEDIKIT... PUKUL HINGGA IA SEBATI....
-BAHAGIKAN ADUNAN KEPADA 2 BAHAGIAN...
(1) + WARNA KUNING & CREAM CHEESE
(2) + WARNA COKLAT& COKLAT MASAKAN
-MASUKKAN ADUNAN KEDALAM BOTOL SOS YANG BERLAINAN ( AZNIE GUNA PIPING BAG JE)...
-LENSERKAN LOYANG DAN ALAS DENGAN KERTAS KEK...
-PAIP KAN ADUNAN SECARA MENYERONG SECARA BERSELANG SELI HINGGA HABIS...
-KEMUDIAN BAKAR PADA SUHU 180' HINGGA MASAK... (LAPISAN PERTAMA BAKAR DENGAN MENGGUNAKAN API ATAS JG BAWAH... LAPISAN KEDUA DAN BERIKUTNYA GUNA API ATAS JE YE...)
-APABILA DAN MASAK.. TEKAN KEK DENGAN PENEKAN.. TEKAN PERLAHAN YE..JANGAN KUAT PLK.. KEMUDIAN OAIPKAN ADUNAN LAGI SECARA MENYERONG JUGA...KEMUDIAN BAKAR..
-ULANG PROSES MELAPIS HINGGA SEMUA ADUNAN HABIS...
-SIAP....