Kek Lapis Quputih
Sumber : Nur Lokman.
Dicuba oleh : Aznie Khasri
Bahan
250g mentega
1/2 cawan gula halus
5 biji telur (A)
1/2cawan holick
1 cawan tepung gandum
1 s/t esen vanila
50g tepung ice cream @ ice cream vanila yg dicairkan (jgn cair sgt)
pewarna merah & pewarna pink
strawberry jem @ strawberry paste.
1/2 cawan susu pekat manis
-pukul mentega dan gula hingga kembang...
-kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji..pukul hingga sebati..
-masukkan susu dan esen vanila... pukul lagi..
-akhir sekali masukkan tepung gandum juga holick...pukul hingga sebati...
-bahagikan adunan kepada 2 bahagian...
(1) + pewarna merah + strawbeery jem @ strawberry paste..
(2) + pewarna pink + serbuk ice cream @ ice cream.
Bahan Cream Cheese.
250g cream cheese
60g gula halus
1 biji telur
2 s/b air masak
2 s/b tepung gandum
-pukul semua bahan diatas kecuali telur hingga sebati..
-kemudian masukkan telur.. pukul lagi hingga sebati...
Cara Melapis...
-bakar adunan cream chese dahulu selapis demi selapissampai habis.... kemudian bakar pula adunan pink selapis demi selapis juga... akhir sekali bakar adunan warna merah pula.... bakar pada suhu 180'...
-siap
*untuk lapisan pertama bakar guna api atas dan bawah... untuk lapisan kedua hingga habis bakar guna api atas saje ye...
*SELAMAT MENCUBA