KEK LAPIS BALDU BIRU
❣️
Bahan bahannya:
1. 12 biji telur (sz A)
🌹Titikkan 3,4titik creamy Vanilla bg mengurangkan hanyir telor🌹
2. 300gm butter
3. 250gm creame cheese( Sy guna Royal Victoria)
4. 250gm gula castor
5. 1/2 tin susu pekat(tin tinggi)
4. 1 gelas horlicks (gelas IndoCafe)
5. 1 gelas tepung hongkong/tpg gandum Bakers
6. 100gm kismis (Santana)
7. 100gm susu tepung
8. 2 sudu makan golden syrup
9. Pewarna putih, biru dan hitam
10. Coffee paste ( boleh guna perisa apa sahaja yang anda suka ) untuk lapisan bewarna hitam.
11. Baking powder - 2 sudu teh(ayak brsama tpg)
Cara membuatnya:
👉Butter + gula + cream cheese~ adun sehingga gebu
👉 Tambah telur satu persatu - sebatikan
👉Tambah susu manis ( ikut suka ) - adun sebati
👉 Tambah horlicks ~ adun
👉Tambah tepung + baking powder ~ sebatikan
👉Akhir sekali masukkan golden syrup.
Cara membuat lapisan kek:
1. Adunan di bahagikan kepada 3 bahagian.
2. Bahagian 1 tambahkan susu tepung, pewarna putih dan kismis.Kacau rata.
3. Bahagian 2 warnakan biru
4. Bahagian 3 warnakan dgn pewarna hitam dan tambahkan coffee paste
5. Gunakan loyang 9x9 inci, lengserkan mentega dan tepung.Alaskan parchment paper.
6. Panaskan kukusan sehingga mendidih dan kurangkan api ~ api sederhana
7. Senduk 2 sudu meja adunan biru dan kukus selama 10++ minit. Masak, lapis sekali lagi lapisan biru.
8. Selepas tu lapisan gelap ~ 2x lapisan
Ulang semua proses sehingga selesai.
# sudu meja yang digunakan untuk melapis hendaklah saiz yang sama semua jenis , untuk memastikan setiap lapisan rata dan sama.
9. Pastikan setiap kali membuka tutup kukusan, keringkan terlebih dahulu sebelum menutup semula .
😘😘😋😋selamat mencuba yaaaaa
.