KEK LAPIS RED VELVET OREO CHEESE
Bahan A
-12 biji kuning telur B
-6 biji putih telur
-250gm gula kaster
-270gm tepung Hong Kong
-30gm serbuk horlicks
-2 sudu kecil ovalete
-1 sudu kecil esen vanila
Cara-cara Bahan A
- Pukul kuning telur, putih telur, gula kaster, esen vanila dan ovalete dengan kelajuan tinggi hingga kembang dan pekat.
- Perlahankan mixer, masukkan tepung dan serbuk horlicks sedikit demi sedikit hingga bergaul rata.
- Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
- Satu bahagian di adun bersama bahan B (Adunan Keju) dan satu bahagian lagi di adun bersama bahan C. (Adunan Merah)
Bahan B - Adunan Keju
-250gm krim keju
-3 sudu besar susu pekat manis
-1 sudu teh lemon paste
Cara-cara Bahan B :
- Pukul krim keju. lemon paste dan susu pekat manis hingga berkrim, kaup balikkan dengan adunan yang di bahagi tadi.
(Gaul sebati bersama 1/2 Adunan Bahan A)
Bahan C- Adunan Merah
-250gm mentega
-3 sudu makan susu pekat manis
-pewarna merah
Cara-cara Bahan C :
- Pukul mentega dan susu pekat manis hingga berkrim.
- Masukkan ke dalam adunan yang di bahagi tadi bersama pewarna merah, kaup balikan hingga sebati dan bahagikan kepada 2 bahagian untuk lapisan atas dan bawah.
(Gaul sebati bersama 1/2 Adunan Bahan A)
Bahan D
1 bungkus biskut red velvet oreo bersama krim di tengah biskut (hancurkn kasar2)
Loyang 8.5x 8.5 inch di alas dasar dan gris
Step sebelum Bakar Kek
- Bahagikan Adunan Merah kepada 2 bahagian, untuk lapisan atas dan bawah.
Bahagian Bawah kek (Adunan Merah):
- Ambil 6 sudu besar adunan merah, ratakan ke dalam loyang.
- Bakar api atas dan bawah pada suhu 150C selama 8-10 minit atau hingga permukaan keperangan.
- Angkat, tekan dengan penekan kek lapis, cucuk dengan garpu dan sapu sedikit mentega cair pada permukaan kek.
- Ulangi lapisan merah yang kedua dan bakar dengan api atas saja selama 8 minit.
- Ulangi sehingga 3 lapisan merah.
Bahagian Tengah Kek (Adunan Keju):
- Ambil 7 sudu besar adunan keju, ratakan dan tabur Bahan D.
- Bakar hingga permukaannya keperangan, tekan dengan penekan kek lapis setiap lapisan.
- Ulangi sehingga adunan keju dan oreo habis.
Bahagian Atas Kek (Adunan Merah):
- Untuk lapisan atas, ambil 6 sudu besar adunan merah, ulangi melapis dan membakar sehingga 3 lapisan.
- Untuk lapisan terakhir, tutup loyang dengan aluminium foil, dan bakar dengan api atas dan bawah selama 10 minit hingga masak sekata.
↪Diubahsuai mengikut cara saya sendiri (cth: suhu oven)👌
**Potongan tak brapa cantik sbb tak sabar2 nk potong time panas2😂😂
Kredit: Showwhite Snow