Resepi Kek Lapis Oreo
Bahan Bahan:
10 biji telur (sederhana besar)
500 gm mentega
200 gm gula halus
300 gm susu manis
100 gm keju cheddar (di parut)
50 gm horlick
50 gm santan serbuk
100 gm biskut marie (tumbuk halus)
180 gm tepung Hong Kong
1 sudu teh serbuk vanili
1 sudu teh paste pandan
Biskut oreo (buang krim)
pewarna hijau dan merah
Cara Cara :
Pukul mentega, gula, serbuk vanili sehingga kembang.
Masukkan telur satu persatu, pukul sehingga kembang.
Perlahankan mixer, masukkan susu manis.
Masuk tepung hong kong, biskut marie, horlicks dan serbuk santan.
Bahagi adunan kepada 3 bahagian, hijau, merah dan plain.
Sediakan loyang 8x8 inci dan griskan serta alas kertas.
Ambil 2 senduk penuh warna hijau untuk lapisan pertama dan bakar dengan api atas/bawah (6-8 minit).
Tukar suhu oven dengan api atas sahaja.
Ambil 2 senduk adunan merah, tabur sedikit keju parut. Bakar selama 5-7 minit.
Ambil 2 senduk adunan plain, susun biskut oreo.
Bakar sehingga selesai.
TIPS: Kalau tak suka keju/pes pandan, jangan letak. Guna 100 gm horlicks jika taknak guna santan.
Resepi Asal : Zana Fahmi