Resepi Biskut Makmur
1kg tepung gandum.
600g planta
500g kacang tanah
6 sudu besar tepung susu.
Sedikit Gula aising(tak letak pun tak apa sebab nanti nak salut juga dengan gula aising)
Cara2..
Tepung gandum sangai sampai masak (macam mana nak tau tepung dah masak.. kalau tepung tu dah ringan dan warna agak brown) guna api yang sederhana dan sentiasa kacau takut hangus kat bawah tu.
Bila dah masak.. ketepikan.
Cairkan planta tu dalam kuali.. bila dah cair.. masukan tepung gandum yang dah di sangai..
Kacang tanah (goreng tanpa minyak dan blend).. sedikit gula aising dan tepung susu..
gaul semua sehingga sebati.
Tutup api dan tunggu sehingga suam2 atau sejuk boleh lah bulat2 kan ikut saiz yang kita nak..
Akhir sekali salut dengan gula aising.