Resepi Kek Tiramisu
Bahan Sponge Cake :
300 gram vanila sponge mix,
300 gram telur (timbang tanpa kulit),
60 gram air,
60 gram minyak sayuran
Cara-cara :
Putar vanilla, telur dan air sampai gebu.
Baru masukkan 60 gram minyak sayuran. Minyak masak pun boleh.
Terus masukkan ke dalam loyang 8/9 inci.
Panaskan oven 10 minit lebih awal. Kemudian bakar selama 40 minit pada suhu 170°C api atas bawah. Jika sudah masak, terbalikkan di atas redai.
Bahan Isian Tiramisu :
250 gram non dairy whipping cream/fresh cream diputar hingga kental,
250 gram creamcheese,
2 sudu besar susu pekat.
Cara-cara :
Satukan semua bahan di atas kemudian putar hingga sebati. (Untuk tutup keseluruhan kek, saya guna 200 gram non dairy whipping cream/fresh cream).
Cara Menyediakan Kek Tiramisu :
Kek yang sudah dibakar.
kek tiramisu
Kek dipotong kepada 3 bahagian.
kek tiramisu
Ambil cawan purple, letak sesudu nescafe pastu letak air panas separuh cawan. Ini untuk bagi kek ada rasa pahit. Barulah nama dia tiramisu. kek tiramisu
Kemudian ambil isian tiramisu tadi dan ratakan pakai spatula.
kek tiramisu
Letakkan lapisan kek yang lain.
kek tiramisu
Ratakan fresh cream elok-elok, bersih dan kemas.
kek tiramisu
|
Boleh hias sesuka hati anda. Siap. |