Resepi Risol Rangup
Resepi Risoles Rangup Creamy
risol
Bahan Kulit Risoles :
250 gram tepung gandum diayak
630 ml air biasa
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
1 biji telur
2 sudu besar minyak masak
Cara-cara :
Ayak tepung gandum.
Masukkan garam dan gula.
Kacau guna whisk.
Kemudian masukkan air separuh dari 630 ml tadi. Kacau.
Masukkan telur. Kacau lagi.
Masukkan lebihan air tadi. Kacau hingga adunan sebati dan masukkan minyak masak.
Adunan tepung pastikan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.
Masak dengan kuali non stick lebih kurang saiz 28 cm.
Tinggalkan sedikit bancuhan tepung untuk salutan risol.
Note: Boleh juga guna roti Sandwich atau kulit popia (untuk ganti Kulit Risoles) lebih cepat dan mudah.
Bahan Inti Risoles :
200 gram daging/ayam
1 biji kentang (dipotong dadu)
1 batang lobak merah (dipotong dadu)
Daun bawang dan daun sup
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 ½ sudu besar serbuk blackpepper
250 ml susu fullcream (Dutchlady)
50 gram cheddar cheese (disagat)
Sedikit garam dan gula.
Cara-cara :
Panaskan sedikit minyak.
Tumis bawang putih dan bawang besar.
Kemudian masukkan daging/ayam.
Kemudian masukkan kentang dan lobak.
Kemudian masukkan susu fullcream dan serbuk blackpepper.
Jika sudah agak kering masukkan cheddar cheese.
Perasakan dengan garam dan gula.
Cara Membalut :
Letakkan satu sudu besar inti risoles ke atas kulit. Balut macam buat popia.
Kemudian salutkan keseluruhan risoles yang telah dibalut ke dalam lebihan bancuhan tepung dan letak serbuk roti.
Jika ingin meletop, tambahkan mozzarella dalam inti risoles.
Atau masa balut inti dalam kulit risoles boleh tambahkan lagi cheddar cheese atau sosej Ikut keinginan masing-masing.
Simpan frozen risoles bagi deep freezer boleh tahan 3 bulan.
Apabila ingin goreng defrost sekejap baru boleh goreng hingga kaler brown.