🥐RESEPI SARDINE ROLL🥐
Bahan kulit
400 gm tepung gandum
20 gm tepung beras* tak masuk sebab takda stok di rumah😅
30 gm tepung jagung
1/4 cawan minyak masak
50 gm majerin
3/4 cawan air sejuk berais
Garam secukupnya
Optional : 1biji telur(ni mommy tambah sendiri😁
Caranya :
1. Satukan semua bahan kecuali minyak, majerin dan air.
2. Panaskan minyak dan majerin sehingga semua mencair.
3. Masukkan minyak dalam campuran tepung, gaul hingga jadi seperti serbuk roti.
4. Masukkan garam dalam air sejuk dan kemudian masukkan dalam tepung. Uli hingga jadi doh.
5. Perap sekejap, bulatkan doh, canai bagi ikut tipis yg kita nak.
6. Letakkan inti kat salah satu ujung dan ujung yg satu lagi toreh dg pisau (jangan sampai putus), sapu sedikit bancuhan tepung gandum untuk pelekat, gulung kemas2.
7. Goreng sehingga masak kekuningan.
Inti sardin
1 biji bawang besar
1 tin sardin(mommy guna adabi) tin besar, kalau tin kecik nanti tak cukup macam mmy😂
3 biji kentang(ptg dadu)
3 sdm sos cili
1 sdm air limau nipis/asam jawa
Segenggam cili padi (ikut suka nak pedas mana) potong2
Garam secukupnya
Caranya :
Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang besar, masukkan kentang, tumis sekejap, masukkan srn dan bahan2 yg lain. Masak sehingga kering
Kredit: empunya resepi lupa nama dia😅
Nota❗Kalau nak saiz sama, timbang doh sebiji ikut suka, dalam gambar ni mommy timbang 40g tapi macam sado plak. Korang leh try 20-30g.
Good luck 💃💃💃