Resepi Jerman Cookies.
Bahan. (sukatan cawan)
1cawan marjerin
1cawan gula halus (saya kurangkan gula sebab tak suka manis)
Sedikit esen pisang (terpulang nak letak atau tak)
Sebiji kuning telur.
Pukul semua di atas dengan senduk kayu hingga gula betul-betul hancur.Bila dah kembang dan hancur gula tu.. masukkan
1/2 cawan tepung gandum
1 cawan setengah tepung ubi
Gaul semua hingga adunan tak melekat di tangan. Masukkan pewarna kegemaran (saya letak serbuk coklat) . Masukkan dalam peti ais dalam 15 minit.
Bulatkan adunan tadi..tekan dengan garfu.Tabur hiasan ikut selera .Bakar selama 15min suhu 160'c. (Suhu ikut oven masing-masing) Siap 🤗
Credit : Siti Hajar Mohd Said