Resepi Ban Manis
Roti ban manis:
Sesuai untuk semua jenis ban roti,donut,pizza
(Telur ikut suka nk letak pon boleh, xnk pon xde masalah)
Resepi untuk 500g
500g tepung roti
90 g gula halus
7 g garam halus
28 g shortening
8 g yis
3g magic improver
266 ml air sejuk
(Air sukatan anggaran sahaja) jadi buh air sikit2 ikut kelembutan doh masing2
☺☺☺☺☺☺☺☺
Resepi 250 g:
250 g tepung roti
45 g gula halus
4 g garam halus
14 g shortening
4 g yis
1 g magic improver
133 ml air sejuk
(Air sukatan anggaran sahaja. Jadi buh air sikit dulu ikut kelembutan doh masing2
Cara2
Campur semua bahan kecuali yis n air sejuk
Putar sebati .masukkan air sejuk dan adun
Kemudian last masukkn yis dan adun hingga elastik
Resepi inti seperti dibawah:
Bahan2
Marjerin pelangi atau puteri 500g
Gula halus 200g blender halus.
Sedikit esen vanila
Putar marjerin n gula hingga putih dan kembang sedikit..
Untuk perisa ..boleh guna emulco
Untuk coklat sy guna emulco coklat.
Jagung sy guna emulco, kordial jagung dan esen jagung.
Kredit resepi: Fierah Zulaikha