Resepi Popia Otak-otak Tuna
🐟 Bahan2:
1 tin Tuna in Water (buang airnya kemudian ditumbuk hancur)
1 sudu makan santan pekat
1 bj telur ayam dipukul sedikit
2 sudu makan tepung tapioka (tepung ubi kayu)
Garam secukupnya
Gula secukupnya
Serbuk perasa secukupnya (saya guna Maggi Cukup Rasa)
Kulit popia
🐟 Bahan2 Kisar:
1/2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
2 bj buah keras
1/2 inci halia
1 btng serai bahagian putih saja
1 sudu teh rempah kari ikan
2 sudu makan cili kisar (ikut tahap kepedasan)
🐟 Cara Membuat:
1. Tumis bahan2 kisar hingga garing. Tutup api dan biarkan sejuk.
2. Campurkan tuna, bahan tumis, santan, tepung tapioka, telur, garam, gula, dan serbuk perasa. Gaul sebati.
3. Ambil sekeping kulit popia kemudian sudukan inti dan lipat (rujuk gambar). Oles bahagian hujung dgn bancuhan tepung gandum dan air sebagai pelekat.
4. Goreng popia hingga garing kecoklatan. Angkat dan toskan atas tisu dapur.
5. Popia Otak-otak Tuna siap dihidang ❤
Resepi Oleh: Eka Zahra