Resepi Kek Lapis Intan 3 5
Bahan bahan
450 gram mentega
12 biji telur gred B
2 gelas gula halus (280gram)
1 tin tinggi sri kaya (300gram)
1 tin rendah susu pekat (339gram)
220 gram horlicks
1 gelas nestum putih (nestum baby carelac )
1gelas serbuk biskut osbornc (tumbuk atau blend jadi tepung)
1 gelas tepung hong kong (110gram)
3 sudu makan susu tepung (pilihan: tak letak pun takpe, kalau letak, lagi sedap)
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh baking powder
Pewarna biru
Pukul mentega ,esen vanila dan gula sampai kembang.
Masukan telur satu persatu. Masuk sebiji telur,pukul, masuk lagi sebiji dan pukul lagi,buat sampai habis.
Masukan pula susu manis dan srikaya. Pukul sebati.
Baru masukan horlicks dan susu tepung. Gaul sebati.
Seterusnya masukan tepung dan baking powder dan gaul sebati.
Bahagikan adunan kepada Dua bahagian sama banyak.
Satu bahagian masukan tepung biskut osborn untuk warna biru.
Satu bahagian lagi masukan nestum putih untuk warna asal
Bahagikan kedua dua bahagian biru dan warna asal kepada dua bahagian lagi.
Semuanya jadi 4 bahagian.
Sediakan loyang 9x9.
Lapik dengan kertas minyak.
Pastikan air betul betul mendidih,baru mula mengukus.
Kukus berlapis lapis.
Lapisan pertama dikukus selama lebih kurang 1/2-jam ..
Saya mengambil masa lebih kurang 4 jam setengah untuk proses melapis dan mengukus sampai masak.
Kredit : Owner Resepi